Tuesday, 31 July 2012

PLKN 2013

habis jew sahur aku masuk semula dalam bilik.angah masih setia dengan laptopnya.. "eh,along kau dapat PLKN tak?" tiba-tiba suara angah memecah kesunyian pagi. "entahlah angah,malas nak ambil tahu tapi kalau kau rajin kau check lah online."balasku acuh tak acuh tetapi mata aku masih tertumpu terhadap novel yang bertajuk Dia tidak berdosa. "Shamira,kau dapat PLKN."Khairah tiba-tiba bersuara."tak lah."balasku selamba. "iyelah kau dapat aku dah check dah."kairah membalas dengan beriye-iye. 'ishy,kenapa semua orang tanya aku pasal PLKN nie.pelik lah aku.'aku bersuara dalam hati aku sengaja mengusik angah yang leka sedang bermain laptop. dia memang tidak pernah lekang dengan laptopnya kecuali mama mengamuk ataupun angah bersemangat nak baca buku.kalau dia semangat baca buku,laptop langsung tak diusiknya. "eh,angah tolong check kan PLKN aku.budak-budak ni semua cakap aku dapat.aku meminta bantuan angah yang lebih cekap dan mahir dalam bidang IT berbanding aku. "ok,jap"balas angah sambil jari-jemari ligat menaip abjad-abjad dilaptopnya. tiba-tiba angah ketawa Tahniah! Anda terpilih menyertai Program Latihan Khidmat Negara Siri 10/2013. NAMA : SHAMIRA BINTI MUSTAPHA NO. KP : 951107****** Penempatan pelatih akan dimaklumkan kemudian. Terima kasih. what??aku terpilih..! mak aku bagi ke tak entah.. "ma,orang dapat PLKN tahun depan."aku memberitahu mak aku tentang PLKn tersebut. macam-macam yang mak leterkan tak mahu aku pergi. aku tak tahu lah nak macam mana.kalau boleh memang aku suka dapat pergi.dalam kelas aku dengan azri je yang terpilih tau.khairah tak terpilih.terkilan juga aku.tapi,abah tak kisah.dibangkang kata-kata mama.nampaknya aku masih ada harapan.

No comments:

Post a Comment