Friday, 15 February 2013
PeRbaiKi DiRi
Assalammualaikum. Mieya baru lepas lunch.Alhamdullillah sedap mama masak.sebenarnya mieya nak tulis blog pasal lain.tapi bila mieya terbaca blog orang lain terus tertukar topik yang mieya nak ceritakkan.Topik apa? Sabar lah.sabarkan separuh daripada iman.blog siapa? Ni lah mieya nak habaq.mieya pun tak pasti sama ada mieya kenal dia ke tak.blog glad to come rasanya.tak pastilah.hurm.mieya baca post2 dia semua berkaitan dengan islam.tiba2 mieya rasa sesuatu.rasa apa? Mieya sendiri tak tahu nak ungkapkan apa yang mieya rasa.mieya cuma boleh rasa tapi tak tahu nak ungkapkan.okay! Let me start.sejak masuk dan tibanya tahun 2013 tiba2 mieya rasa mieya nak jadi lebih baik.maksud mieya.baik dalam memantapkan iman, amal, dan juga taqwa serta cinta yang mendalam terhadap Allah s.w.t dan juga Nabi Muhammad s.a.w.bina lima tiang agama dengan kukuh tanpa goyah walau ribut mahupun badai melanda.banyakkan amalan sunat sebagai penyeri kehidupan.lupakan segala benda haram yang mencacatkan kehidupan dan juga elakkan segala yang makhruh dari mempengaruhi kehidupan.memang dari kecil mieya teringin nak jadi seorang yang soleha.tapi persekitaran tidak menizinkan.pucuk pangkalnya iman mieya tak cukup malah selalu saja berturun dan bertambah.tidak perna tetap atau terus bertambah.Mieya juga terfikir untuk memakai pakain yang benar2 menutup aurat.Mieya teringin sangat nak pakai jubah, tudung labuh.Labuh itu indah.hehe.okay.Mieya dah cuba untuk terus solat 5 waktu.tapi masalahnya selepas ABC Mieya jadi malas dan suka lengah2kan waktu solat.Ya Allah lemahnya iman hamba.Mieya juga cuba mendalami islam dengan membaca buku2 ilmiah yang berkaitan islam.Mieya baca kisah para nabi.Mieya harap sangat ada seseorang akan membibing Mieya.Tapi buat waktu sekarang Mieya tak nak fikir pasal jodoh.Sebab dari dulu lagi Mieya pasti dan yakin jodoh itu Allah dah tentukan sejak kita dalam kandungan lagi.Tapi.yang menjadi dilema sekarang ni.Mieya sedang bercouple.walaupun mieya tidak pernah dating dengan si dia.telefon pun jarang dan mesej sekarang makin berkurang.Baru 2 bulan lebih usia hubungan kami.Memang mieya ingin berterus terang dengan si dia yang Mieya ingin mencari cinta Illahi dahulu baru mencari pemilik tulang rusuk kiri ini.Tapi mieya tak nak kecewakan si dia.Tapi mieya akan cuba cari masa yang sesuai dan mieya tak nak mainkan perasaan dia.jujur.bukan niat mieya nak sakitkan hati si dia atau nak persendakan si dia.Tapi sememangnya Mieya ingin menjadi wanita yang soleha.Mieya ingin menjauhi zina.Untuk kami tetap bersama kemungkinan besar adalah mustahil.sebabnya Mieya punya perjalanan masih panjang.Mieya ingin melanjutkan pelajaran dan kalau boleh Mieya nak belajar sejauh yang mungkin dari keluarga untuk belajar lebih berdikari dan lebih mendalami islam.macam tak ada kena mengenakan belajar jauh dan mendalami islam? Biarlah Mieya seorang je faham.Dan lagi satu mieya tidak pasti bahawa si dia tu jodoh Mieya.apa yang pasti Mieya cuma tawakal.Mieya pasti apa yang Allah aturkan itulah yang terbaik untuk Mieya.Sesunguhnya kami yang menganiaya diri kami sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment